Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Filipina lawat Singapura bulan depan
Presiden Filipina lawat Singapura bulan depan
Presiden Filipina lawat Singapura bulan depan
LAWATAN RASMI: Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr., akan berkunjung ke Singapura bulan depan atas undangan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob. - Foto REUTERS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 19, 2022 | 6:52 PM
PRESIDEN Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr., akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Singapura pada bulan depan.
Ia atas undangan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob.
Ini disahkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya petang tadi (19 Ogos).
"Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. akan mengadakan Lawatan Negara ke Singapura mulai 6 hingga 7 September 2022, atas undangan Presiden Halimah Yacob. Kami mengalu-alukan ketibaan Presiden Marcos ke Singapura," katanya.
Presiden Marcos Jr, 65 tahun, merupakan presiden ke-17 Filipina yang memenangi pilihan raya presiden negara itu pada Mei tahun ini.
