Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pramugari SIA dapat lukisan potret wajahnya dari penumpang

Oct 13, 2023 | 4:56 PM
HADIAH ISTIMEWA: Pramugari SIA, Cik Allie Amylia Affendy Stuart menerima lukisan itu semasa dalam penerbangan dari Singapura ke Icheon, Korea Selatan.
HADIAH ISTIMEWA: Pramugari SIA, Cik Allie Amylia Affendy Stuart menerima lukisan itu semasa dalam penerbangan dari Singapura ke Icheon, Korea Selatan. - Foto TIKTOK/JAMESETHOSKLAUS

Seorang pramugari Singapore Airlines mendapat kejutan apabila diberi cenderahati istimewa daripada seorang penumpang semasa menjalankan tugas dalam penerbangan.

Dalam satu video yang tular di TikTok oleh pelukis tempatan Encik James Lim (@jamesethosklaus), beliau telah memutuskan untuk menceriakan hari seorang pramugari di dalam pesawat yang dinaikinya dengan melukis potret wajah kakitangan pesawat itu.

Dalam video yang ditonton lebih 230,000 kali itu, pelukis tersebut juga menyatakan SIA adalah syarikat penerbangan terbaik baginya.

View post on TikTok

“Kami mempunyai seorang kru kabin yang sangat rajin pada hari ini,” katanya.

“Ayuh kita menceriakan harinya.”

Dengan pena hitam serta pensel warna-warni, Encik James melukis dengan teliti wajah pramugari itu lengkap dengan sebahagian baju batik seragam SIA itu serta namanya ‘Allie’ di atas sebuah kertas kecil.

Apabila Encik James memberikan potret itu kepada pramugari tersebut selepas selesai dilukis, kru kabin yang muda itu kelihatan terkejut apabila menerimanya sambil mengucapkan terima kasih.

Video tular itu juga menarik perhatian SIA dengan syarikat itu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Pramugari itu, Cik Allie Amylia Affendy Stuart, 21 tahun, dikatakan dalam satu penerbangan dari Singapura ke Icheon, Korea Selatan pada 8 Oktober.

Encik James sendiri memberitahu Cik Allie, beliau telah mula melukis dengan memerhatikan wajah Cik Allie semasa beliau bertugas di barisan penumpang hadapannya.

Pada masa yang sama, Encik James telah meminta maaf sekiranya beliau membuat Cik Allie rasa tidak selesa dan meminta izin terdahulu untuk memuat naikkan video itu di TikTok.

Dalam akaun TikTok Encik James, kelihatan beliau juga pernah melukis potret seorang pramugari SIA lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg