Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PR S’pura isi petrol di Johor, tampal nombor plat kereta akan didakwa

Jan 13, 2026 | 8:07 PM
Huruf pertama dan terakhir nombor plat kereta itu didakwa disembunyikan dengan pita hitam, seolah-olah untuk menjadikannya kelihatan seperti plat nombor Malaysia.
Huruf pertama dan terakhir nombor plat kereta itu didakwa disembunyikan dengan pita hitam, seolah-olah untuk menjadikannya kelihatan seperti plat nombor Malaysia. - Foto fail

KULAI (Johor): Seorang lelaki yang dirakam mengisi petrol bersubsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia ke dalam keretanya akan didakwa pada 14 Januari kerana sengaja mengubah atau menyembunyikan nombor plat kenderaan.

Lelaki berusia 63 tahun itu, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, akan didakwa di Mahkamah Majistret di daerah Kulai, Johor, kata Ketua Polis Kulai, Encik Tan Seng Lee.

Kesalahan di bawah Seksyen 108(3)E Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa denda antara RM5,000 ($1,580) dengan RM20,000 jika disabit kesalahan.

“Pesalah juga boleh dipenjara antara satu dengan lima tahun,” kata ketua polis itu dalam satu kenyataan pada 13 Januari.

Pada 4 Januari, polis menerima laporan mengenai sebuah video tular yang didakwa menunjukkan sebuah kereta berwarna perak sedang mengisi petrol RON95 di stesen minyak di Johor. 

RON95 adalah minyak bersubsidi yang hanya diperuntukkan untuk rakyat Malaysia dengan kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.

Huruf pertama dan terakhir nombor plat kereta itu didakwa disembunyikan dengan pita hitam, seolah-olah untuk menjadikannya kelihatan seperti plat Malaysia.

Seorang lelaki yang tidak dikenali telah menegur pemandu itu, yang mendakwa dia adalah rakyat Malaysia.

Polis kemudian mengenal pasti pemandu tersebut.

Lelaki itu juga kemudian hadir di ibu pejabat polis daerah Kulai bersama isterinya yang berusia 67 tahun untuk membantu dalam siasatan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg