Premium
Portal e-dagang produk dan khidmat halal dilancar
Oct 30, 2016 | 5:30 AM
ORANG KUAT DI BALIK PORTAL HALAL ALADDIN: (Dari kiri) Presiden Aladdin Group, Datuk Sri Desmond To; Presiden yang juga pengasas bersama Aladdinstreet.com.sg, Datuk Dr Grace Kong; mantan Menteri Negara (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed; pengasas bersama Aladdin Group, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie; dan pengasas Aladdin Group, Datuk Wesley Ong, semasa melancarkan portal laman itu baru-baru ini. - Foto ALADDIN STREET -
PORTAL laman perniagaan elekronik atau e-dagang cawangan Singapura yang menawarkan produk dan perkhidmatan halal daripada seantero dunia, Aladdinstreet.com.sg, telah dilancarkan di sini baru-baru ini.
Dalam masa tiga bulan menyusuli pengumuman pertamanya, AladdinStreet Singapore telah memperolehi hampir 60 pedagang, dengan hampir separuh daripada mereka disahkan halal.

