SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

WP tolak tawaran calon Ketua Pembangkang ganti Pritam

WP tolak tawaran calon Ketua Pembangkang ganti Pritam

Jan 21, 2026 | 4:17 PM

WP tolak tawaran calon Ketua Pembangkang ganti Pritam

Anggota Parlimen (AP) dari Parti Pekerja (WP) berdiri di Parlimen pada 14 Januari untuk menunjukkan mereka tidak menyokong usul yang dikemukakan Ketua Dewan yang mengatakan Encik Pritam Singh tidak layak untuk terus menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang.
Anggota Parlimen (AP) dari Parti Pekerja (WP) berdiri di Parlimen pada 14 Januari untuk menunjukkan mereka tidak menyokong usul yang dikemukakan Ketua Dewan yang mengatakan Encik Pritam Singh tidak layak untuk terus menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang. - Foto MDDI

Parti Pekerja (WP) telah menolak tawaran Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk menamakan seorang Anggota Parlimen (AP) daripada parti itu sebagai calon Ketua Pembangkang.

Jawatan itu kosong selepas Encik Wong melucutkan jawatan itu daripada Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh pada 15 Januari.

Ini selepas Parlimen, pada 14 Januari, mendapati Encik Pritam yang didapati mahkamah bersalah berbohong kepada Parlimen - tidak lagi layak menggalas jawatan tersebut.

Dalam kenyataannya pada 21 Januari, WP berkata ia menganggap ketua parti pembangkang terbesar di Parlimen sebagai ketua pembangkang.

“Dengan itu, Parti Pekerja telah menyampaikan kepada Perdana Menteri bahawa kami tidak akan menamakan sebagai calon seorang lagi anggota WP di Parlimen untuk menggalas jawatan Ketua Pembangkang,” kata WP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg