Rahayu temu ahli majlis mesyuarat Pulau Pinang
Jun 18, 2025 | 4:35 PM
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, bertemu dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Belia, Sukan dan Kesihatan, Encik Daniel Gooi, semasa lawatannya ke Singapura. - Foto FACEBOOK RAHAYU MAHZAM
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, bertemu dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Belia, Sukan dan Kesihatan, Encik Daniel Gooi, semasa lawatannya ke Singapura.
Menulis dalam hantaran di Facebook pada 17 Jun, Cik Rahayu berkata beliau dan Encik Gooi telah berbincang tentang kesihatan dan belia semasa pertemuan mereka itu.
“Kami mengadakan perbincangan yang baik dan pertukaran idea mengenai hal berkaitan kesihatan dan belia.
“Pertemuan ini menunjukkan hubungan mesra antara Malaysia dengan Singapura. Banyak yang kita boleh pelajari daripada satu sama lain,” kata Cik Rahayu.
Laporan berkaitan
Pusat pakar bagi jagaan kesihatan wanita, kanak-kanak dilancar di utara S’puraMay 19, 2025 | 11:16 AM
Kempen perkasa wanita, keluarga PPIS sasar kumpul $100,000Dec 14, 2024 | 2:57 PM

