SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Wong undang PM Penguasa Palestin ziarah S’pura secara rasmi

PM Wong undang PM Penguasa Palestin ziarah S’pura secara rasmi

Nov 5, 2025 | 7:19 PM

PM Wong undang PM Penguasa Palestin ziarah S’pura secara rasmi

vivian balakrishnan, perdana menteri, penguasa palestin, dr mohammad mustafa
Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (kiri), menyampaikan undangan daripada Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, kepada Perdana Menteri Penguasa Palestin, Dr Mohammad Mustafa, untuk mengadakan lawatan rasmi ke Singapura. - Foto ST

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah mengundang Perdana Menteri Penguasa Palestin, Dr Mohammad Mustafa, bagi mengadakan lawatan rasmi ke Singapura.

Undangan tersebut telah disampaikan secara peribadi oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang sedang mengadakan lawatan kerja sejak 3 hingga 6 November ini ke Wilayah Palestin dan Israel.

Dr Balakrishnan bertemu Dr Mustafa di Pejabat Perdana Menteri di Ramallah, di Tebing Barat pada 4 November. 

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Dr Mustafa meluahkan penghargaan kepada Singapura kerana memberikan sokongan berkekalan kepada Penguasa Palestin, selain mengalu-alukan hubungan antara rakyat yang lebih rapat.

Semasa lawatan itu, Dr Balakrishnan menyaksikan penyerahan cek derma sebanyak AS$500,000 ($652,000) daripada Singapura, kepada Program Makanan Sedunia (WFP) untuk mangsa perang di Gaza.

Beliau turut mengumumkan dua kursus baru bagi para pemimpin Penguasa Palestin yang dijadualkan bermula pada 2026.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg