SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

GRC Jurong East-Bukit Batok: PAP lawan RDU

GRC Jurong East-Bukit Batok: PAP lawan RDU

Apr 23, 2025 | 12:40 PM

GRC Jurong East-Bukit Batok: PAP lawan RDU

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menentang parti pembangkang, Titik Merah Bersatu (RDU).

Pasukan lima anggota PAP turut dianggotai Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai; dan dua muka baru, Encik David Hoe dan Encik Lee Hong Chuang. 

RDU dipimpin Cik Liyana Dhamirah dan dianggotai Encik Osman Sulaiman, Encik Harish Mohanadas, Encik Ben Puah, dan Encik Marcus Neo.

Permohonan para calon daripada kedua-dua parti itu untuk bertanding di GRC lima anggota itu diterima pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.

GRC Jurong East-Bukit Batok merupakan kawasan pilihan raya baru yang diperkenalkan untuk GE2025. 

Ia diduduki 142,510 pengundi.

Kawasan itu sebahagian besar tercipta daripada GRC Jurong dengan sekitar 62,424 pengundi, serta beberapa kawasan Yuhua, Hong Kah North, dan kesemua Bukit Batok, Bukit Batok East dan Clementi.

Pada GE2020, PAP memenangi 74.61 peratus undian ke atas RDU di GRC Jurong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg