SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Wong, Timbalan Agong bincang isu sejagat, hubungan S’pura-Msia

PM Wong, Timbalan Agong bincang isu sejagat, hubungan S’pura-Msia

Oct 15, 2024 | 8:59 PM

PM Wong, Timbalan Agong bincang isu sejagat, hubungan S’pura-Msia

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong (kanan), menjadi tuan rumah dalam sesi makan tengah hari di Istana bersama Timbalan Yang Di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada 15 Oktober.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong (kanan), menjadi tuan rumah dalam sesi makan tengah hari di Istana bersama Timbalan Yang Di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada 15 Oktober. - Foto MDDI

Perbincangan mengenai perkembangan sejagat, masa depan Asean dan hubungan Singapura-Malaysia berjalan lancar di Istana pada 15 Oktober ketika Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menjadi tuan rumah yang menyambut mesra kedatangan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam hantaran di Facebook, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau gembira dapat menemui Sultan Nazrin yang kali terakhir ditemuinya pada 2022.

“Sebagai jiran akrab, Singapura dan Malaysia, termasuk Perak, berkongsi hubungan rapat dan berkekalan.

“Malahan, mendiang bapa saya menghabiskan tempoh awal kehidupannya di Ipoh sebelum berpindah ke Singapura.

“Saya menantikan masa bekerjasama dengan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi terus memperkukuh jalinan antara dua masyarakat,” jelas Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg