SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Wong ke Jakarta bagi majlis angkat sumpah Prabowo

PM Wong ke Jakarta bagi majlis angkat sumpah Prabowo

Oct 19, 2024 | 6:01 PM

PM Wong ke Jakarta bagi majlis angkat sumpah Prabowo

Perdama Menteri, Encik Lawrence Wong  akan menyertai para pemimpin yang diundang untuk menyampaikan ucap tahniah secara peribadi kepada Encik Prabowo semasa majlis angkat sumpah Presiden. 
Perdama Menteri, Encik Lawrence Wong  akan menyertai para pemimpin yang diundang untuk menyampaikan ucap tahniah secara peribadi kepada Encik Prabowo semasa majlis angkat sumpah Presiden.  - Foto fail

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan melakukan lawatan ke Jakarta, Indonesia, dari 20 hingga 21 Oktober untuk menghadiri upacara angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 19 Oktober, Encik Wong akan menyertai para pemimpin yang diundang untuk menyampaikan ucap tahniah secara peribadi kepada Presiden yang dipilih itu. 

“Sebagai jiran yang rapat, lawatan itu mengesahkan kepentingan hubungan Singapura-Indonesia dan komitmen Singapura untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang substantif, termasuk dalam bidang keutamaan yang dibincangkan semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada 29 April 2024,” kata kenyataan itu. 

Encik Wong akan diiringi oleh Cik Wong dan para pegawai PMO serta Kementerian Ehwal Luar. 

Encik Prabowo yang merupakan Pengerusi Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), akan menjadi presiden Republik Indonesia paling berusia apabila beliau memulakan tugas dan mengangkat sumpah pada umur 73 tahun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg