SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Wong: Ibadah korban lambang pengabdian, kesyukuran, sifat belas ihsan

PM Wong: Ibadah korban lambang pengabdian, kesyukuran, sifat belas ihsan

Jun 17, 2024 | 2:15 PM

PM Wong: Ibadah korban lambang pengabdian, kesyukuran, sifat belas ihsan

Ibadah korban yang dilakukan semasa Aidiladha melambangkan pengabdian, kesyukuran dan sifat belas ihsan, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam catatan Facebook beliau pada 17 Jun.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam, Encik Wong berkata ibadah korban juga memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan – tidak kira bangsa atau agama.

“Ibadah korban juga dilakukan semasa Aidiladha.

“Selain melambangkan pengabdian, kesyukuran dan sifat belas ihsan, ia juga memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama,” kata Encik Wong yang juga Menteri Kewangan.

Dalam catatannya, Encik Wong turut mengucapkan selamat kepada kesemua 900 anggota jemaah Islam Singapura yang kini berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji.

Beliau berkata:

“Kepada jemaah Singapura yang sedang menunaikan ibadah haji, saya berharap ibadah dan perjalanan anda semua selamat dan diberkati.”

Encik Wong mengakhiri catatannya dengan ucapan agar masyarakat Muslim menyambut Hari Raya Aidiladha dengan ceria bersama orang-orang tersayang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg