Premium
PM Lee: Tiada negara yang selamat dari pengganasan
Jul 17, 2016 | 5:30 AM

-
SERANGAN di Nice, Perancis adalah mengejutkan tetapi tidak menghairankan kerana pengganas pernah menggunakan taktik yang sama - iaitu menggunakan kenderaan untuk merempuh orang ramai, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Bercakap kepada wartawan semasa Sidang Puncak Asia-Eropah ke-11 (ASEM) di Ulaanbaatar, Mongolia, semalam, Encik Lee berkata, sementara peralatan keselamatan boleh disediakan seperti meletakkan pengadang jalan, imbasan dan membuat pemeriksaan - ia kemungkinan bagi seseorang untuk memecah masuk.

