SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Lee terima dos ketiga vaksin Covid-19

PM Lee terima dos ketiga vaksin Covid-19

Sep 17, 2021 | 10:11 AM

PM Lee terima dos ketiga vaksin Covid-19

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos ketiga vaksin Covid-19 di Hospital Besar Singapura pada 17 September.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos ketiga vaksin Covid-19 di Hospital Besar Singapura pada 17 September. - MCI

Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mendapatkan suntikan 'booster', iaitu dos ketiga vaksin Covid-19 di Hospital Besar Singapura (SGH) pada pagi Jumaat (17 September).

Beliau berkongsi video beliau mendapatkan suntikan itu dan menggesa individu yang ditawarkan suntikan tersebut menerima tawaran itu.

Jawatankuasa Pakar bagi Covid-19, yang antara lain menasihatkan pemerintah mengenai vaksinasi Covid-19, mencadangkan suntikan ketiga bagi warga emas 60 tahun dan ke atas atau yang tinggal di rumah jagaan orang tua, serta individu yang mempunyai daya tahan tubuh lemah.

"Saya harap anda menerimanya, jika ditawarkan suntikan booster," kata Encik Lee, menulis di Facebook.

"Ia akan mengurangkan risiko anda jatuh sakit teruk atau memerlukan jagaan di unit penjagaan rapi (ICU)."

Warga emas yang telah melengkapkan dua dos vaksin sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu akan menerima SMS dengan pautan tersendiri untuk membuat janji temu.

Setakat 15 Sep 2021, 82% daripada seluruh penduduk kita telah menjalani regimen penuh mereka/mendapatkan 2 dos vaksin, dan 84% telah mendapatkan sekurang-kurangnya 1 dos.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg