SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Lee jalani ujian Covid-19 sebelum hadir di Parlimen

PM Lee jalani ujian Covid-19 sebelum hadir di Parlimen

Jan 5, 2021 | 9:28 PM

PM Lee jalani ujian Covid-19 sebelum hadir di Parlimen

Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menjalani Ujian Pantas Antigen sebelum menghadiri Parlimen pada 5 Januari 2021. -
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menjalani Ujian Pantas Antigen sebelum menghadiri Parlimen pada 5 Januari 2021. - - FOTO: MCI

UJIAN Covid-19 akan menjadi satu perkara yang sering dilaksanakan di sini dalam Fasa Tiga pembukaan semula Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, pada Selasa (5 Jan).

Beliau menyatakan demikian dalam satu pos di Facebook, diikuti dengan satu video yang menunjukkan beliau sedang menjalani Ujian Pantas Antigen (ART).

"(Saya) telah mengambil Ujian Pantas Antigen bagi Covid-19 sebelum hadir di Parlimen petang tadi.

"Ia cepat dan tidak sakit," kata beliau.

Encik Lee menambah menerusi langkah ini, ia akan membolehkan penyakit berjangkit dikesan dengan pantas - terutama bagi kes asimptomatik - agar ia dapat diasingkan dan dirawat.

"Dengan ini, kami dapat memastikan keselamatan masyarakat dan kehidupan serta pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih biasa," tulisnya lagi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg