Premium
Pindaan bantu tangani ancaman terhadap keharmonian kaum
Pindaan MRHA turut perkenal langkah lindungi pengaruh asing; perkenal Inisiatif Pemulihan Masyarakat (CRI); kemas kini Perintah Sekatan (RO)
Sep 3, 2019 | 5:30 AM

-
BEBERAPA pindaan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) diusul bagi memperkasa keupayaan Pemerintah melindungi dan bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani ancaman terhadap keharmonian agama di Singapura.
Pindaan itu termasuk memperkenalkan langkah melindungi pengaruh asing, memperkenalkan Inisiatif Pemulihan Masyarakat (CRI), mengemas kini Perintah Sekatan (RO) dan menggabung kesalahan berkaitan keharmonian agama di bawah MRHA.

