SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Permohonan tiket NDP dibuka esok, penonton harus divaksin sepenuhnya

Permohonan tiket NDP dibuka esok, penonton harus divaksin sepenuhnya

Jun 5, 2022 | 4:13 PM

Permohonan tiket NDP dibuka esok, penonton harus divaksin sepenuhnya

Orang awam boleh memohon untuk menghadiri satu daripada tiga perbarisan bertiket iaitu acara previu NDP pada 29 dan 30 Julai dan perbarisannya sendiri pada 9 Ogos
Orang awam boleh memohon untuk menghadiri satu daripada tiga perbarisan bertiket iaitu acara previu NDP pada 29 dan 30 Julai dan perbarisannya sendiri pada 9 Ogos - LIM YAOHUI

Orang awam boleh memohon untuk cabutan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, mulai tengah hari esok (6 Jun).

Pertunjukan NDP bertiket, yang akan diadakan di platform terapung di Marina Bay kembali tahun ini selepas dihentikan selama dua tahun ekoran pandemik.

Orang awam boleh memohon untuk menghadiri satu daripada tiga pertunjukan perbarisan bertiket iaitu acara previu NDP pada 23 dan 30 Julai dan hari perbarisan sendiri pada 9 Ogos, umum jawatankuasa penganjur pada Ahad (5 Jun).

Penonton harus divaksin sepenuhnya atau disahkan tidak layak secara medikal untuk mendapatkan vaksin, kata pihak penganjur.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang tidak divaksin akan dibenarkan menghadiri perbarisan.

Selain daripada pertunjukan perbarisan, rakyat Singapura boleh menjangkakan karnival, pameran dan pertunjukan bunga api di lima lokasi di kawasan kejiranan pada hujung minggu 6 dan 7 Ogos. Lebih banyak maklumat mengenai sambutan ini akan diberikan nanti.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg