Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerdaus: Iltizam tekal, kepercayaan berpanjangan
Perdaus: Iltizam tekal, kepercayaan berpanjangan
Perdaus: Iltizam tekal, kepercayaan berpanjangan
Setiap kali tibanya musim korban, ramai pelanggan setia akan menantikan kemunculan wajah yang cukup sinonim dengan kempen korban Perdaus sejak lebih sedekad lalu iaitu, Ustaz Raja Muzaffar Shah Raja Rosli, selaku pegawai korban Perdaus.
Keperibadian yang mesra dan komitmen yang konsisten dalam menguruskan ibadah korban telah menjadikan Ustaz Raja Muzaffar, individu yang dekat di hati pihak berkepentingan Perdaus, termasuk pelajar, peserta dan sukarelawan.
Dengan lebih 50 peratus peserta kempen korban terdiri daripada pelanggan yang kembali saban tahun, tidak menghairankan terjalinnya hubungan akrab serta kepercayaan utuh antara peserta dengan pihak pengurusan korban Perdaus.
Salah seorang pelanggan yang sekian lama mengikuti program Perdaus, Dr Rashid Tahir, berkata:
“Saya menaruh penuh keyakinan kepada Ustaz Raja dan Perdaus sebagai sebuah pertubuhan, atas pengalaman luas serta kepakaran mereka dalam mengendalikan ibadah korban sejak sekian lama.”
Korban Kambing di Indonesia
Antara khidmat korban yang mendapat sambutan ramai ialah korban kambing yang dilaksanakan di Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Perdaus menawarkan pakej korban kambing pada harga $165, dengan dagingnya akan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut.
Selain ibadah korban, penyembelihan kambing di Indonesia itu turut dibuka bagi tujuan akikah, nazar dan infak, lantas memberi lebih banyak pilihan kepada peserta untuk melaksanakan niat masing-masing.
Pelaksanaan ibadah korban itu turut disokong oleh Yayasan Peduli Umat Malang (Puma), rakan kerjasama yang telah lama mendapat kepercayaan Perdaus.
Selain pengagihan daging korban, Puma turut menyalurkan bantuan barangan keperluan dapur seperti beras dan minyak masak kepada penerima manfaat.
Mereka berpeluang menaja pek bernilai $26 itu apabila membuat tempahan khidmat korban bersama Perdaus.
Untuk mereka yang inginkan menunaikan ibadah korban dengan harga dimampui, boleh mempertimbangkan korban lembu di benua Afrika (satu bahagian $95, seekor $650).
Penyembelihan lembu akan dibahagikan antara tiga negara, iaitu Uganda, Kenya serta Tanzania, dan dagingnya diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan di sana.
Bagi yang berminat, mereka boleh menempah pakej korban kambing biri-biri Australia pada harga $390.
Tempahan pakej korban kambing biri-biri dari Australia itu akan ditutup pada 19 Mei.
Perdaus juga menyediakan khidmat ibadah korban kambing biri-biri berharga $359 yang dagingnya akan diagihkan di Palestin.
CARA DAPATKAN KHIDMAT KORBAN PERDAUS
+ Layari laman web Perdaus di perdaus.org.sg/qurban
+ Hadir di pejabat Perdaus melalui janji temu sahaja.
+ Imad Perdaus Bedok: Blok 125, Bedok North Road, #01-115, Singapura 460125. Hubungi talian 8127-3729.
+ Imad Perdaus Bukit Batok: Blok 364, Bukit Batok Street 31, #01-259, Singapura 650364. Hubungi talian 9873-3369.
