SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Peperiksaan akhir tahun dibatal bagi Darjah 3 & Darjah 4, murid kembali ke sekolah secara bertahap dari 11 Okt, kata MOE

Peperiksaan akhir tahun dibatal bagi Darjah 3 & Darjah 4, murid kembali ke sekolah secara bertahap dari 11 Okt, kata MOE

Oct 7, 2021 | 12:42 PM

Peperiksaan akhir tahun dibatal bagi Darjah 3 & Darjah 4, murid kembali ke sekolah secara bertahap dari 11 Okt, kata MOE

b9ce9463-1084-4b54-ba89-a5826013447d
-

PEPERIKSAAN akhir tahun bagi murid Darjah 3 dan Darjah 4 akan dibatalkan, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Oktober), dengan bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat terus melonjak.

Ini adalah kali pertama peperiksaan dibatalkan sejak pandemik Covid-19 bermula pada tahun lalu.

Namun, kelas fizikal bagi murid Darjah 3 hingga Darjah 6 akan disambung semula mulai Isnin depan (11 Oktober), disusuli dengan murid Darjah 1 dan Darjah 2, pada Rabu depan (13 Oktober), kata MOE.

Dalam kenyataannya, MOE berkata keputusan untuk membatalkan peperiksaan akan memberikan lebih banyak masa untuk pengajaran kurikulum dilengkapkan selepas kelas-kelas terganggu akibat Covid-19.

Dalam pada itu, peperiksaan bagi murid Darjah 5 akan diteruskan di bawah langkah pengurusan selamat, kata MOE.

Ini akan membolehkan kedua-dua murid dan ibu bapa mendapatkan pemahaman lebih baik berkenaan kemajuan pembelajaran anak mereka mengikut sistem penskoran baru Peringkat Pencapaian - yang diperkenalkan tahun ini, sebelum Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Murid Darjah 1 dan 2 tidak perlu menduduki peperiksaan akhir tahun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg