Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penulis buku jadikan bacaan kanak-kanak lebih bersifat terangkum

Dec 11, 2025 | 5:30 AM
DNA, penulis buku kanak-kanak, Sherriza Hareani Jalil, Sherri Eri
Menggunakan nama pena, Sherri Eri, buku-buku ini menjadi sebahagian daripada sembilan buku yang ditulis oleh Cik Sherriza Hareani Jalil. - Foto FACEBOOK SHERRI ERI

Sebagai seorang penulis yang telah hilang daya penglihatan sepenuhnya, Cik Sherriza Hareani Jalil, menulis ceritanya dengan cara yang membolehkan kanak-kanak yang dapat melihat secara normal atau menghadapi masalah penglihatan untuk menikmati pembacaan mereka.

Bagi merapatkan jurang tersebut, beliau menulis dengan gambaran yang jelas dan hidup, agar setiap kanak-kanak dapat ‘melihat’ cerita itu dalam minda mereka.

Justeru, buku bergambar beliau menggabungkan ilustrasi berwarna terang, penceritaan audio, muzik dan video untuk menghidupkan watak-wataknya.

Berkongsi tentang proses penulisannya, Cik Sherriza berkata ia selalunya bermula menerusi penyelidikan yang dilakukannya.

Bagi bukunya yang terbaru, Reindeer Princess and the Snow Owl, beliau memulakannya dengan mengkaji jenis haiwan yang hidup dalam kawasan Kutub Utara sebelum akhirnya memilih haiwan yang dianggapnya paling menarik.

Beliau kemudian bekerja rapat dengan pakar ilustrasi untuk menghasilkan reka bentuk grafik yang diinginkan dalam buku tersebut.

Dalam mengusahakan buku kanak-kanak, kebanyakannya yang bertema persahabatan, penerimaan diri dan kekeluargaan, Cik Sherriza berkata beliau juga menitikberatkan tentang urutan proses yang turut memainkan peranan dalam pembentukan ceritanya.

“Saya lebih gemar menulis dalam bentuk berangkap. Jadi saya akan memikirkan perkataan yang berirama dan melihat sama ada ia boleh membentuk rangkap berirama atau bait yang boleh menjadi permulaan, atau sebahagian daripada keseluruhan cerita,” kongsinya kepada Berita Harian.

Sebagai contoh:

Once upon a leafy tree,

Hoot the Owl yells.

I’ve made up my mind I want to be

A brand new someone else.

Setakat ini, beliau telah menerbitkan sembilan buku kanak-kanak sejak 2022.

Hasil karyanya termasuk The Cool Kitty Series, I Am Not an Owl Or Am I?, The Fart Brigade, Mermaid on a Mountaintop, dan Baa Baa Baby Braves the Big Baa-d Bully.

Buku-bukunya berharga antara $14 dengan $16 dijual di wadah e-dagang Amazon dan menarik pembeli dari negara sejauh Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, India dan Sweden.

Wadah tersebut membolehkan buku itu dijual melalui kaedah cetak ikut permintaan, dalam bentuk buku elektronik (e-buku), serta versi audio.

Buat masa ini, buku-buku itu hanya dijual di Amazon.

Suaminya, Encik Rashul Rahman, 52 tahun, seorang jurutera bunyi bebas, telah merancang memasarkan buku tersebut di wadah digital lain serta di kedai fizikal, tanpa terhad kepada Amazon sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bukunya, mereka yang berminat boleh melayari laman web, picturethebook.com

Berikut antara buku yang telah diterbitkan oleh Cik Sherriza, yang menggunakan nama pena, Sherri Eri.

‘A Kitten’s Love Story’

‘A Kitten’s Love Story’ mengisahkan tentang seekor anak kucing kecil yang mempunyai banyak rasa kasih sayang untuk diberi yang tinggal dengan dua kucing dewasa lain yang enggan menyayanginya kembali. Namun, setelah gagal mendapatkan kasih sayang yang diinginkannya, dia menjadi patah hati buat kali pertama dalam hidupnya.
‘A Kitten’s Love Story’ mengisahkan tentang seekor anak kucing kecil yang mempunyai banyak rasa kasih sayang untuk diberi yang tinggal dengan dua kucing dewasa lain yang enggan menyayanginya kembali. Namun, setelah gagal mendapatkan kasih sayang yang diinginkannya, dia menjadi patah hati buat kali pertama dalam hidupnya. - Foto PICTURE THE BOOK

‘It’s Raining, Cats and Duck’

‘It’s Raining Cats and Duck’ menceritakan tentang Chill, seekor anak kucing berusia tiga bulan yang terlebih bertenaga, menyelinap keluar dari rumahnya buat kali pertama untuk bermain dalam hujan lebat. Pengembaraannya dalam ribut hujan membawanya ke Sukan Olimpik dan hutan hujan Amazon, dunia imaginasi yang menakjubkan.
‘It’s Raining Cats and Duck’ menceritakan tentang Chill, seekor anak kucing berusia tiga bulan yang terlebih bertenaga, menyelinap keluar dari rumahnya buat kali pertama untuk bermain dalam hujan lebat. Pengembaraannya dalam ribut hujan membawanya ke Sukan Olimpik dan hutan hujan Amazon, dunia imaginasi yang menakjubkan. - Foto PICTURE THE BOOK

‘The Smitten Kitten Strikes Again’

Dalam buku, ‘The Smitten Kitten Strikes Again’, Chill, seekor anak kucing berusia tiga bulan, mudah jatuh hati setelah bermain sepanjang hari. Namun, semua rancangannya terhenti apabila dia tertarik dengan sesuatu yang luar biasa.
Dalam buku, ‘The Smitten Kitten Strikes Again’, Chill, seekor anak kucing berusia tiga bulan, mudah jatuh hati setelah bermain sepanjang hari. Namun, semua rancangannya terhenti apabila dia tertarik dengan sesuatu yang luar biasa. - Foto PICTURE THE BOOK

‘I Am Not An Owl or Am I?’

Buku, ‘I Am Not An Owl or Am I?’, mengisahkan tentang Hoot, burung hantu yang tinggal di sebuah ladang dan tiba-tiba berasa dia perlu membuat perubahan besar pada dirinya. Baginya, semua haiwan lain di ladang itu kelihatan sempurna. Jadi, dia juga memulakan pengembaraan untuk menjadi seperti mereka, malah sanggup mewarnakan badannya.
Buku, ‘I Am Not An Owl or Am I?’, mengisahkan tentang Hoot, burung hantu yang tinggal di sebuah ladang dan tiba-tiba berasa dia perlu membuat perubahan besar pada dirinya. Baginya, semua haiwan lain di ladang itu kelihatan sempurna. Jadi, dia juga memulakan pengembaraan untuk menjadi seperti mereka, malah sanggup mewarnakan badannya. - Foto PICTURE THE BOOK

‘The Fart Brigade’

Tahan nafas anda! Kenali sekumpulan wira-wira baru dalam buku, ‘The Fart Brigade’, mengenai tiga anak anjing dan tiga anak kucing yang menjaga keselamatan semua haiwan di Taman Negara Windy Vale. Agak-agaknya, apakah kuasa mereka?
Tahan nafas anda! Kenali sekumpulan wira-wira baru dalam buku, ‘The Fart Brigade’, mengenai tiga anak anjing dan tiga anak kucing yang menjaga keselamatan semua haiwan di Taman Negara Windy Vale. Agak-agaknya, apakah kuasa mereka? - Foto PICTURE THE BOOK

‘Mermaid On A Mountaintop’

Bagaimana jika anda seekor duyung yang dihukum tinggal di puncak gunung, dan hanya ciuman cinta sejati dapat membawa anda pulang ke laut biru yang dalam? Tetapi, bagaimana jika anda tidak dapat mengingati siapakah cinta sejati anda itu dan dia juga tidak mengingati anda?
Bagaimana jika anda seekor duyung yang dihukum tinggal di puncak gunung, dan hanya ciuman cinta sejati dapat membawa anda pulang ke laut biru yang dalam? Tetapi, bagaimana jika anda tidak dapat mengingati siapakah cinta sejati anda itu dan dia juga tidak mengingati anda? - Foto PICTURE THE BOOK

‘Walk Like An Egyptian Kitten’

Dalam buku, ‘Walk Like An Egyptian Kitten’, seekor anak kucing yang masih kecil belum tahu bagaimana untuk berpura-pura sesuatu itu wujud padahal ia tidak. Jadi, apabila abang dan kakaknya mengajaknya bermain permainan pura-pura, bagaimana pula dia akan melepaskan dirinya daripada kesulitan yang menantinya?
Dalam buku, ‘Walk Like An Egyptian Kitten’, seekor anak kucing yang masih kecil belum tahu bagaimana untuk berpura-pura sesuatu itu wujud padahal ia tidak. Jadi, apabila abang dan kakaknya mengajaknya bermain permainan pura-pura, bagaimana pula dia akan melepaskan dirinya daripada kesulitan yang menantinya? - Foto PICTURE THE BOOK

‘Baa Baa Baby Braves the Big Baa-d Bully’

Tibanya hari tamat pengajian, dua ekor anak bing kambiri-biri-biri dalam buku ‘Baa Baa Baby Braves the Big Baa-d Bully’ bukan sahaja memakai topi mortabod, bahkan mereka juga memakai ‘topi berfikir’ masing-masing!
Tibanya hari tamat pengajian, dua ekor anak bing kambiri-biri-biri dalam buku ‘Baa Baa Baby Braves the Big Baa-d Bully’ bukan sahaja memakai topi mortabod, bahkan mereka juga memakai ‘topi berfikir’ masing-masing! - Foto PICTURE THE BOOK

‘Reindeer Princess and the Snow Owl’

Dia berkata tidak. Lalu lelaki itu mengubahnya menjadi seekor rusa kutub. Dibawa jauh ke sebuah alam di bawah cahaya utara yang berkilauan, sang puteri dalam buku, ‘Reindeer Princess and the Snow Owl’ ,harus belajar bertahan dalam kesejukan yang menggigil, perasaan baru yang aneh… dan kehidupan jauh daripada segala yang pernah dikenalinya. Namun, dia tidak bersendirian.
Dia berkata tidak. Lalu lelaki itu mengubahnya menjadi seekor rusa kutub. Dibawa jauh ke sebuah alam di bawah cahaya utara yang berkilauan, sang puteri dalam buku, ‘Reindeer Princess and the Snow Owl’ ,harus belajar bertahan dalam kesejukan yang menggigil, perasaan baru yang aneh… dan kehidupan jauh daripada segala yang pernah dikenalinya. Namun, dia tidak bersendirian. - Foto PICTURE THE BOOK
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg