Penjara seminggu, larangan pandu bagi pemandu teksi kerana sebabkan kematian
Premium
Penjara seminggu, larangan pandu bagi pemandu teksi kerana sebabkan kematian
Nov 17, 2016 | 5:30 AM

-
SEORANG pemandu teksi, yang melanggar dan menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di simpang tiga yang mempunyai lampu isyarat, dipenjara seminggu dan dilarang memandu selama empat tahun, semalam.
Siow Teck Chai, 66 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kematian Encik Goh Chin Hock, 71 tahun, ekoran kecuaiannya di simpang Jalan Eunos dan Eunos Crescent pada 8.15 malam 8 Mei lalu.

