'Peniaga Melayu sedia berubah, guna teknologi pertingkat niaga'
Premium
'Peniaga Melayu sedia berubah, guna teknologi pertingkat niaga'
Yaacob: Peserta dialog pasca-Belanjawan turut akur bantuan yang ditawar pemerintah
Mar 16, 2017 | 5:30 AM
BINCANG TEKNOLOGI: (Dari kiri) Encik Saktiandi, Dr Yaacob, Encik Zahidi dan Cik Rita Zahara sebagai moderator dalam dialog bersama anggota DPPMS dan peniaga Melayu/Islam mengenai saranan CFE dan Belanjawan di Village Hotel Bugis kelmarin. - Foto DPPMS -
RAMAI peniaga Melayu/Islam berminat memanfaatkan program baru yang disediakan pemerintah bagi membantu mereka menggunakan teknologi bagi meningkatkan perniagaan mereka, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim.
Merumuskan satu dialog pasca-Belanjawan bersama syarikat dan peniaga Melayu/Islam kelmarin, Dr Yaacob berkata minat yang dipaparkan peserta dalam dialog itu menunjukkan mereka ingin membuat perubahan, tetapi prihatin tentang cara berbuat demikian bagi menggarap peluang baru.

