Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengiktirafan antarabangsa perkukuh reputasi khidmat umrah, wisata bermutu
Pengiktirafan antarabangsa perkukuh reputasi khidmat umrah, wisata bermutu
Pengiktirafan antarabangsa perkukuh reputasi khidmat umrah, wisata bermutu
Menunaikan haji atau umrah serta melancong menjadi impian ramai orang, lebih-lebih lagi bersama insan tersayang. Bagi perjalanan selesa dan teratur, pemilihan agensi pelancongan sangat penting, terutamanya bagi ibadah haji atau umrah. Agensi pelancongan bagus memberi pelanggan keyakinan.
Kepercayaan itu berjaya dibina Thoha Travels & Tours, yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri umrah dan wisata.
PENGHARGAAN DARIPADA MÖVENPICK HOTELS & RESORTS
Komitmen syarikat ini sekali lagi diiktiraf apabila ia menerima sijil penghargaan daripada Mövenpick Hotels & Resorts, hasil lebih 10 tahun menjalinkan kerjasama erat bersama mereka.
Pengarah Urusan Thoha Travels & Tours, Ustaz Muhammat Nazer Monet, berkata penghargaan ini bukan sekadar simbol kerjasama jangka panjang, malah bukti bahawa syarikatnya konsisten dalam menyediakan pengalaman bermutu bagi pelanggan.
Hubungan profesional yang terjalin lebih sedekad itu turut mencerminkan tahap komitmen tinggi syarikat itu dalam memastikan setiap jemaah menerima layanan terbaik sepanjang perjalanan mereka.
KESELESAAN PELANGGAN JADI KEUTAMAAN
Sebagai agensi berpengalaman luas dalam menguruskan perjalanan ke Tanah Suci, Thoha Travels & Tours sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan dalam setiap pakej yang disediakannya.
Daripada urusan penerbangan, penginapan dan jadual perjalanan hinggalah bimbingan ibadah, semuanya dirancang dengan teliti supaya jemaah dapat memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah tanpa perlu memikirkan urusan lain.
Selain itu, Thoha Travels & Tours terkenal dengan pendekatan lebih mesra dan dekat dengan pelanggan. Jemaah bukan sahaja dibimbing mutawif berpengalaman, malah perjalanan mereka dibantu oleh pegawai yang sentiasa bersedia memberi sokongan sepanjang perjalanan.
SEDIA KURSUS LENGKAP BUAT JEMAAH
Bagi jemaah pertama kali menunaikan umrah, Thoha Travels & Tours menyediakan kursus dan taklimat khas bagi persediaan awal sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Panduan ibadah lengkap membantu jemaah memahami perjalanan ibadah mereka dengan lebih baik dan lebih yakin.
Thoha Travels & Tours juga memastikan setiap pelanggan menikmati penginapan selesa dan strategik.
Kerjasama bersama Mövenpick Hotels & Resorts membolehkan syarikat ini menawarkan penginapan bermutu, sekali gus memudahkan urusan jemaah sepanjang di Tanah Suci.
Dengan slogan ‘Khidmat Memuaskan, Fikiran Tenang, Insya-Allah’, Thoha Travels & Tours terus komited memberi pengalaman perjalanan terbaik kepada setiap pelanggan.
HUBUNGI THOHA TRAVELS & TOURS
+ Hubungi talian 6297-7034 atau 9451-5473
+ Kunjungi pejabat kami di 80, Changi Road, #01-16, Centropod, Singapura 419715
+ E-mel kepada tour@thohatravels.com.sg.
+ Layari https://thohatravels.com.sg
