Premium
Penghargaan kepada mantan CE Muis
Jan 6, 2019 | 5:30 AM
JAMUAN PENGHARGAAN: (Dari kiri) Presiden Casa Raudha Encik Abdul Rohim Sarip; Presiden LBKM Encik Suhaimi Salleh; Presiden Pertapis Encik Hussaini Abdullah; Mantan CEO Mendaki Cik Moliah Hashim; Presiden Uima Encik Farihullah Abdul Wahab; mantan Setiausaha Parlimen Encik Wan Hussin Zoohri; mantan CE Muis Haji Abdul Razak Hassan Maricar; Presiden MKAC Encik Ameerali Abdeali; Presiden 4PM Encik Izzuddin Taherally; dan mantan Presiden PPIS Cik Fatimah Azimullah dan Cik Sapiah Molla. - Foto ihsan AMEERALI ABDEALI -
PEMIMPIN dan wakil dari beberapa pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di Singapura berhimpun semalam dalam satu jamuan tengah hari di Restoran Bumbu bagi memberi penghargaan kepada bekas Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar yang baru-baru ini bersara.
Mereka tampil bagi memberi pengiktirafan kepada Haji Abdul Razak, yang mengundur diri pada 1 Januari lalu selepas empat dekad dalam perkhidmatan awam.

