SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Desmond Lee minta AP selesai soalan PSLE

Desmond Lee minta AP selesai soalan PSLE

Mar 3, 2026 | 6:53 PM

Desmond Lee minta AP selesai soalan PSLE

Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, semasa membentangkan hujahnya dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 3 Mac.
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, semasa membentangkan hujahnya dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 3 Mac. - Foto MDDI
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, mengedarkan risalah soalan matematik Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2022 kepada Anggota Parlimen (AP). Langkah ini bertujuan menjelaskan reka bentuk soalan peperiksaan: sebahagian daripadanya menguji kemahiran pemikiran kritikal pelajar, manakala yang lain disusun secara terstruktur bagi membimbing mereka menyelesaikannya secara progresif. Encik Lee menyatakan demikian sebagai respons kepada usulan beberapa AP mengenai tahap kesukaran soalan PSLE, serta cadangan menggugurkan PSLE sebagai peperiksaan utama.
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, mengedarkan risalah soalan matematik Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2022 kepada Anggota Parlimen (AP). Langkah ini bertujuan menjelaskan reka bentuk soalan peperiksaan: sebahagian daripadanya menguji kemahiran pemikiran kritikal pelajar, manakala yang lain disusun secara terstruktur bagi membimbing mereka menyelesaikannya secara progresif. Encik Lee menyatakan demikian sebagai respons kepada usulan beberapa AP mengenai tahap kesukaran soalan PSLE, serta cadangan menggugurkan PSLE sebagai peperiksaan utama. -

Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, telah mengedarkan risalah yang mengandungi soalan matematik Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2022 kepada semua Anggota Parlimen (AP), mengundang mereka untuk mencubanya.

Tindakan ini dibuat semasa beliau menyampaikan kenyataan dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 3 Mac.

Menurutnya, edaran ini bertujuan menjelaskan bagaimana sebahagian soalan diolah untuk menguji kemahiran pemikiran kritikal pelajar, manakala soalan lain disusun secara berperingkat untuk membantu mereka menyelesaikannya secara progresif.

Encik Lee menyatakan demikian sebagai respons kepada usulan beberapa AP mengenai tahap kesukaran soalan PSLE, serta cadangan untuk menggugurkan PSLE sebagai peperiksaan utama.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg