Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenagih dadah dijel, rotan kerana tahan anak teman wanita
Penagih dadah dijel, rotan kerana tahan anak teman wanita
SEORANG penagih dadah yang menahan anak lelaki teman wanitanya sebagai tebusan selama 17 jam, dihukum penjara lima tahun dan enam sebatan semalam.
Muhammad Iskandah Suhaimi, 40 tahun, didapati bersalah pada 29 November tahun lalu atas kesalahan menahan budak berusia dua tahun itu, memiliki dan mengambil dadah, serta memiliki penumbuk buku jari, lapor akhbar The Straits Times semalam.
