Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemimpin S'pura harap kerjasama terus diperkukuh

Pemimpin S'pura harap kerjasama terus diperkukuh
SPEAKER Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, mengucapkan tahniah dan selamat kepada Malaysia menyusuli keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) negara itu kelmarin.
Menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Tan berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama dengan pemimpin dan kerajaan baru Malaysia serta terus mengukuhkan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
