Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemimpin 4G S'pura bakal mula siri perbincangan bersama warga
Dapatkan pandangan dan keprihatinan mereka demi lakar bersama masa depan negara

Pemimpin 4G S'pura bakal mula siri perbincangan bersama warga
GOLONGAN pemimpin generasi keempat (4G) akan melancarkan satu siri perbincangan dengan beberapa kumpulan warga Singapura untuk memulakan kerjasama bersama rakyat demi melakar masa hadapan negara.
Mengongsi kesediaan mereka mendengar pandangan dan maklum balas warga itu, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata mereka akan mendengar pandangan dan perspektif warga "dengan rasa rendah hati dan hormat".
