Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemilik busana manfaatkan FB Live tarik pelanggan
DI JOO CHIAT COMPLEX
Pemilik busana manfaatkan FB Live tarik pelanggan
PANDEMIK Covid-19 telah menjejas perniagaan pemilik butik di Joo Chiat Complex, Cik Siti Rohani Habib Mohd, yang melihat jumlah pelanggan ke kedainya merosot berbanding waktu sebelum ini yang bebas koronavirus.
Namun, ini tidak menghambat semangatnya untuk terus memastikan perniagaannya dapat bertahan, dan untuk terus kekal, pemilik Persian Boutique Pte Ltd itu merancakkan kehadiran jenamanya di dalam talian.
