SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemerintah peruntuk tanah bagi hospital swasta tidak kaut untung di timur S’pura

Pemerintah peruntuk tanah bagi hospital swasta tidak kaut untung di timur S’pura

Ye Kung: Langkah pertama dalam 20 tahun, tawar pilihan jagaan kesihatan lebih mampu milik, agar hospital awam kurang sesak
Apr 9, 2026 | 6:29 PM

Pemerintah peruntuk tanah bagi hospital swasta tidak kaut untung di timur S’pura

Ong Ye Kung, hospital swasta, tidak kaut untung, tampungan katil
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berucap pada acara ulang tahun ke-65 Hospital Mount Alvernia pada 9 April, di mana beliau berkongsi butiran mengenai usulan membangun hospital akut swasta yang tidak kaut untung dan dapat menampung 300 hingga 400 katil. - Foto ST

Bagi menyediakan lebih banyak pilihan penjagaan kesihatan swasta dengan kos lebih rendah, pemerintah bercadang memperuntuk sebidang tanah bagi hospital akut swasta tidak mengaut untung yang baharu di kawasan timur Singapura, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada 9 April.

Projek itu akan menjadi peruntukan tanah pertama bagi hospital swasta dalam hampir dua dekad, sekiranya rancangan diteruskan seperti yang dijangkakan, katanya.

Hospital yang diusulkan itu akan mempunyai antara 300 dengan 400 katil, jelas Encik Ong, yang berkongsi perkara itu pada acara memperingati ulang tahun ke-65 Hospital Mount Alvernia – yang kini merupakan satu-satunya hospital akut swasta yang tidak mengaut untung di Singapura.

Pihak berkuasa ingin membuat keputusan mengenai tender hospital ini pada separuh kedua 2026, katanya.

Pengumuman beliau dibuat selepas Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2024 melahirkan keinginan memperkenalkan model hospital akut swasta yang baharu dan bukan berasas keuntungan, bagi meningkatkan kapasiti katil hospital di Singapura. 

Langkah itu bertujuan menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan berikutan jumlah penduduk yang semakin menua di negara ini, kata MOH ketika itu.

Encik Ong berkata pada 2024, model hospital tersebut akan diberi lesen secara individu, bermaksud setiap hospital akan menerima lesen penjagaan kesihatan mereka sendiri, untuk meningkatkan tadbir urus. 

Pihak berkuasa juga ingin menetapkan beberapa syarat dalam dokumen tender bagi memastikan kos lebih rendah, kata Encik Ong pada 9 April.

“Pertama, ada had saiz bil supaya bil hospital tidak terlalu tinggi berbanding apa yang ditawarkan dalam pasaran dan tidak boleh lebih mahal daripada yang lain,” katanya.

“Sementara itu, syarat kedua, adalah untuk bagi pendekatan tender dengan harga tanah yang tetap.

“Di bawah model sedemikian, pembida akan bersaing bukan berdasarkan berapa banyak yang mereka sanggup bayar untuk tanah, tetapi faktor lain seperti model penjagaan mereka, kecekapan kos, pendekatan dalam mengambil dan membangunkan tenaga kerja, serta komitmen dan dasar mereka terhadap penjagaan kesihatan mampu milik,” jelasnya.

Perlindungan insurans kesihatan swasta yang luas menyokong model hospital swasta yang tertumpu kepada penjagaan kelas atasan, yang akhirnya menyebabkan kos hospital swasta semakin meningkat, katanya.

Kos yang lebih mahal di hospital swasta dan peningkatan premium insurans kesihatan swasta mendorong pesakit untuk beralih ke hospital awam di mana biasanya lebih 90 peratus katil dipenuhi, ujar Encik Ong.

Keadaan itu terjadi walaupun hospital swasta “hampir separuh kosong”, katanya, sambil menambah hospital awam tidak seharusnya memonopoli.

Walaupun 40 peratus penduduk mempunyai insurans kesihatan untuk penjagaan hospital swasta, separuh daripada mereka memilih penjagaan di hospital awam dengan sektor awam menerima sekitar 90 peratus pesakit Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg