SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemerintah kaji usulan jangka panjang untuk lindungi daripada paras air laut meningkat

Pemerintah kaji usulan jangka panjang untuk lindungi daripada paras air laut meningkat

Nov 3, 2018 | 12:24 PM

Pemerintah kaji usulan jangka panjang untuk lindungi daripada paras air laut meningkat

LANCAR KEMPEN BERSIH DAN HIJAU: (Dari kiri) Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong di acara pelancaran kempen Bersih dan Hijau Singapura di Wisma Geylang Serai.
LANCAR KEMPEN BERSIH DAN HIJAU: (Dari kiri) Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong di acara pelancaran kempen Bersih dan Hijau Singapura di Wisma Geylang Serai. - Foto ALPHONSUS CHERN

ANCAMAN perubahan iklim kepada Singapura dan dunia kian bertambah serius dan Singapura harus mengambil langkah untuk meningkatkan pertahanannya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata usaha ini memerlukan lebih daripada sekadar kehijauan yang subur serta air yang bersih.

Menarik perhatian bahawa Singapura sudah pun merasa kesan pemanasan bumi dengan antara lain mencatatkan tahun paling panas dan beberapa tahun lalu, Encik Lee menarik perhatian bahawa paras air laut yang meningkat juga antara satu keprihatinan.

"Banyak negara Asia Tenggara, termasuk Singapura, juga terdedah kepada isu paras air laut meningkat kerana kita mempunyai kawasan pinggir laut yang panjang dan kawasan yang rendah," katanya sambil menambah agensi pemerintah sedang mengkaji hal ini dengan teliti.

Encik Lee berkata demikian semasa acara pelancarkan kempen Bersih dan Hijau Singapura (CGS) di Wisma Geylang Serai pagi tadi (3 November).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg