Premium
Pemerintah bakal henti guna diesel bagi bas awam
Mar 6, 2020 | 5:30 AM
UDARA LEBIH BERSIH: Sebuah bas diesel yang diubahsuai dengan kuasa elektrik, yang sedang dikaji oleh Penguasa Pengangkutan Darat yang dilakukan pada November tahun lalu sebagai sebahagian daripada ujian kebolehlaksanaan konsep bagi memastikan keupayaan merubah bas diesel sedia ada kepada e-bas atau bas elektronik. - Foto fail -
SINGAPURA pada masa akan datang akan berhenti mengerahkan bas awam yang menggunakan diesel sahaja.
Mengumumkan demikian di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Dr Janil Puthucheary, berkata pemerintah kini akan membeli bas elektrik atau hibrid sahaja.

