SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemandu bas SBS dipenjara kerana langgar penunggang basikal dan pembonceng

Pemandu bas SBS dipenjara kerana langgar penunggang basikal dan pembonceng

Aug 2, 2018 | 2:58 PM

Pemandu bas SBS dipenjara kerana langgar penunggang basikal dan pembonceng

6b2b54ef-4cad-443d-8efc-8f4faf5399af
-

SEORANG penunggang basikal dan isterinya yang membonceng basikal itu mengalami kecederaan pada otak mereka selepas sebuah bas SBS melanggar mereka pada 2016.

Akibatnya, Timbalan Pendakwa Raya Jaime Pang berkata Cik Hou Huhong, 36 tahun, dan suaminya, Encik Soh Kong Beng, 50 tahun, kini kurang upaya.

Malah, Cik Hou juga ditempatkan di sebuah rumah rawatan bagi penjagaan jangka panjang.

Mahkamah daerah diberitahu hari ini (2 Ogos) bahawa Lim Yeok Wah, 63 tahun, sedang memandu bas nombor 55 dekat Eunos apabila kemalangan itu berlaku.

Dia dijatuhi hukuman penjara enam minggu selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan teruk dengan memandu secara cuai.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg