Pelitup muka, sanitiser tangan dalam kabinet AED serata SG
Premium
Pelitup muka, sanitiser tangan dalam kabinet AED serata SG
Oct 17, 2020 | 5:30 AM
HULUR BANTUAN DENGAN SELAMAT: Yayasan Jantung Singapura dan SCDF melancarkan inisiatif melengkapi 10,000 kabinet defibrilator luaran automatik (AED) di serata Singapura dengan pelitup muka dan sanitiser tangan agar bantuan kecemasan boleh diberi oleh Penindak Pertama Masyarakat (CFR) dengan selamat. - Foto YAYASAN JANTUNG SINGAPURA/SCDF -
SEBANYAK 10,000 kabinet defibrilator luaran automatik (AED) di serata Singapura akan dilengkapi dengan pelitup muka dan sanitiser tangan bagi membolehkan orang ramai memberi bantuan kecemasan dengan selamat semasa pandemik Covid-19.
Inisiatif itu dilancarkan Yayasan Jantung Singapura (SHF) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semalam untuk melindungi Penindak Pertama Masyarakat (CFR) apabila mereka menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan jantung menggunakan AED.

