SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelatih polis mahir joget ‘Slickback’ tapi warganet anggap itu ‘hentak kaki’ baru

Pelatih polis mahir joget ‘Slickback’ tapi warganet anggap itu ‘hentak kaki’ baru

Nov 7, 2023 | 6:37 PM

Pelatih polis mahir joget ‘Slickback’ tapi warganet anggap itu ‘hentak kaki’ baru

JALAN DI UDARA: Seorang pelatih polis kelihatan melakukan tarian ‘slickback’ yang memberi ilusi seolah sedang berjalan di udara.
JALAN DI UDARA: Seorang pelatih polis kelihatan melakukan tarian ‘slickback’ yang memberi ilusi seolah sedang berjalan di udara. - Foto TIKTOK/SPF

Kini terdapat satu trend joget baru di media sosial yang menunjukkan seolah-olah si penari seolah sedang ‘berjalan di udara’.

Walaupun ia nampak mudah dilakukan, tarian dipanggil ‘slickback’ ini - yang telah menarik ramai pengguna di TikTok untuk menyertai trend itu - sebenarnya melibatkan pergerakan kaki yang agak rumit.

Jadi bukan satu kejutan, apabila seorang pelatih Pasukan Polis Singapura (SPF) menunjuk kemahirannya melakukan tarian itu mendapat lebih 520,000 tontonan baru-baru ini.

Dalam video diterbit SPF pada 1 November, pelatih itu, berpakaian kemeja putih dan seluar pendek, melakukan tarian tersebut dalam satu dewan terbuka sementara pelatih lain kelihatan melakukan latihan fizikal di belakang.

Tanpa sebarang hambatan, pemuda lelaki bercermin mata dan rambut ala ‘rekrut’ itu melakukan tarian tersebut dengan lancar seolah sedang ‘terapung’ di atas lantai.

Namun apa yang menarik tentang video ini adalah komen yang dikongsi pengguna lain.

Pengguna bernama raei misalnya, berkata ia adalah “hentak kaki” moden, merujuk kepada jenis pergerakan latihan bagi pegawai beruniform.

Ada juga yang menyoal kenapa pelatih ini mempunyai banyak masa lapang untuk berjoget semasa melakukan latihan.

Seorang pengguna bernama AwesomePedas pula berkata:

“Pada zaman saya, FI (jurulatih fizikal) saya akan jerit dari jauh dan berkata, oi mangkuk! Kau tengah buat apa ah?”

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg