SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pekerja pembersihan Bangladesh ditumbuk lelaki yang ganggu pekerja majlis bandaran di MacPherson

Pekerja pembersihan Bangladesh ditumbuk lelaki yang ganggu pekerja majlis bandaran di MacPherson

Mar 10, 2023 | 6:20 PM

Pekerja pembersihan Bangladesh ditumbuk lelaki yang ganggu pekerja majlis bandaran di MacPherson

DISERANG: Dalam klip video itu, kelihatan berdiri di sebelah Cik Tin Pei Ling ialah pekerja Bangladesh yang dikenali sebagai Encik Babul, 48 tahun. Anak lelakinya Ahammed Siyam, 20 tahun, merupakan mangsa yang ditumbuk lelaki itu. - Foto FACEBOOK TIN PEI LING
DISERANG: Dalam klip video itu, kelihatan berdiri di sebelah Cik Tin Pei Ling ialah pekerja Bangladesh yang dikenali sebagai Encik Babul, 48 tahun. Anak lelakinya Ahammed Siyam, 20 tahun, merupakan mangsa yang ditumbuk lelaki itu. - Foto FACEBOOK TIN PEI LING -

SEORANG pekerja pembersihan warga Bangladesh telah ditumbuk di dada pada Khamis oleh seorang lelaki yang dulu pernah mengganggu dan memecahkan penyapu pekerja majlis bandaran, kata Anggota Parlimen (AP) MacPherson, Cik Tin Pei Ling. Dalam satu catatan di laman sosial Instagram lewat malam Khamis, Cik Tin berkata dalam video itu bahawa lelaki itu berkemungkinan mabuk apabila dia menyerang pekerja itu. Cik Tin berkata: "Lelaki ini, mungkin mabuk, kemudian memutuskan untuk memburu salah seorang pekerja pembersihan lain dan menumbuknya di dada." Kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi Khamis di kolong Blok 87 Circuit Road, kata pengarah urusan NRT Trading and Engineering, Encik Sakthivelan Nararajah, kepada The Straits Times pada Jumaat (10 Mac). Syarikat Encik Sakthivelan ialah kontraktor yang diambil Majlis Bandaran Marine Parade. Dalam klip video itu, kelihatan berdiri di sebelah Cik Tin ialah pekerja Bangladesh yang dikenali sebagai Encik Babul, 48 tahun. Anak lelakinya Ahammed Siyam, 20 tahun, merupakan mangsa yang ditumbuk lelaki itu. Bapa dan anak bekerja bersama-sama sebagai pembersih buat majlis bandaran, kata Cik Tin.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg