SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pekerja pasar raya dikejarkan ke hospital dengan lengan masih tersepit dalam pengisar daging

Pekerja pasar raya dikejarkan ke hospital dengan lengan masih tersepit dalam pengisar daging

Mar 9, 2019 | 4:30 PM

Pekerja pasar raya dikejarkan ke hospital dengan lengan masih tersepit dalam pengisar daging

c9145eda-7545-4b02-97a7-27c048ef018b
-

Seorang pekerja di sebuah pasar raya mengalami kecederaan selepas lengan kirinya tersepit dalam mesin pengisar daging pada pagi Jumaat (8 Mac).

Pekerja itu, seorang perempuan berusia 53 tahun, bertugas di cawangan Giant Express di Bukit Batok, menurut akhbar bahasa Mandarin Shin Min Daily.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu tentang insiden di Blok 284, Bukit Batok East Avenue 3 itu sekitar 6.21 pagi.

Perempuan itu dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Difahami, lengan kiri perempuan itu tidak dapat dikeluarkan dari pengisar dan beliau dikejarkan ke hospital dengan tangannya masih tersepit dalam sebahagian mesin.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg