Premium
Pejuang silang agama tokoh The Straits Times
Feb 13, 2019 | 5:30 AM
TERIMA PENGIKTIRAFAN: Cik Siti Noor Mastura (dua kiri) terima anugerah Tokoh Singapura The Straits Times 2018 daripada Presiden Halimah. Kiri Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil (EMTM) Singapore Press Holdings (SPH) yang juga Editor The Straits Times, Encik Warren Fernandez. Kanan ialah Encik Edmund Koh, Presiden Asia Pacific UBS Group AG dan UBS AG. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
BELIAU pernah berpindah-randah 11 kali dalam lima tahun selain pernah tidur dalam keadaan kelaparan.
Namun, pengalaman kehidupan yang sempit lagi mencabar itu telah mendorong pramugari, Cik Siti Noor Mastura, 28 tahun, untuk sebaliknya membantu golongan yang memerlukan.

