Topik diikuti
Pergi ke BHku'Pehaks tetap aktif, sentiasa pastikan keaslian seni'
Ketua baru Jamaludin Idris usaha pastikan pembaharuan tidak cemar warisan dan tradisi

Encik Jamaluddin Idris
'Pehaks tetap aktif, sentiasa pastikan keaslian seni'
PERSATUAN Hadrah dan Kompang Singapura (Pehaks) masih aktif meskipun berdepan dengan cabaran menarik kumpulan bergabung dengannya dan golongan muda menyertai kegiatan menyemarakkan warisan seni Melayu itu.
Seperti pada zaman kegemilangannya lebih 20 tahun lalu, Pehaks masih berusaha melestari keaslian persembahan hadrah dan kompang - lagu dan paluan - agar seni tradisional terus dapat dikekalkan, kata presidennya, Encik Jamaludin Idris, 55 tahun.
