Pasukan bertindak dibentuk tingkat mutu dan budaya kebersihan di S'pura
Premium
Pasukan bertindak dibentuk tingkat mutu dan budaya kebersihan di S'pura
Ia pastikan kebersihan di tempat awam; galak amalan kebersihan peribadi; dan tukar norma sosial kurangkan penularan penyakit.
Mar 7, 2020 | 5:30 AM
JADIKAN NORMA: (Dari kanan) Encik Masagos bersama Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata meningkatkan tahap kebersihan adalah penting untuk melindungi diri daripada penularan wabak koronavirus. - Foto BH oleh JASON QUAH -
BAGI merangsang usaha seluruh negara untuk meningkatkan piawaian kebersihan awam di Singapura, sebuah pasukan bertindak silang agensi, Pasukan Bertindak SG Clean, telah ditubuhkan.
Ini diumumkan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pagi semalam.

