Topik diikuti
Pergi ke BHkuPastikan Semakau dapat bertahan buat generasi seterusnya: Amy Khor
Pastikan Semakau dapat bertahan buat generasi seterusnya: Amy Khor
SATU-SATUNYA tapak pelupusan luar pesisir dan yang pertama Singapura di Semakau telah berfungsi dengan baik sepanjang dua dekad lalu tetapi negara ini kini perlu memastikan ia boleh terus bertahan untuk generasi-generasi akan datang.
Menyatakan demikian, Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata ini perlu dicapai dengan mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula sampah, serta bergerak ke arah Sifar Sisa.
