Kesejahteraan Asia bergantung kepada hubungan stabil AS-China
Premium
Kesejahteraan Asia bergantung kepada hubungan stabil AS-China
PM Lee mahu galakkan presiden AS seterusnya, bangunkan konsensus bipartisan hubungan AS-Asia
Jul 30, 2020 | 5:30 AM
KONGSI PANDANGAN DALAM TALIAN: Encik Lee Hsien Loong (kiri) berkongsi pendapatnya berkenaan hubungan AS-China dengan Encik David Rubenstein dalam wawancara yang diadakan secara dalam talian Selasa lalu. - Foto ATLANTIC COUNCIL -
WASHINGTON: Singapura berharap Amerika Syarikat dapat menstabilkan hubungannya dengan China kerana Asia bergantung pada hubungan stabil kedua-dua negara itu untuk memastikan sekitaran yang selamat demi kesejahteraan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dalam talian dan ditanya peniaga Amerika David Rubenstein apakah yang mahu beliau katakan kepada bakal presiden negara itu berkenaan bagaimana memperkukuh hubungan Amerika dengan Asia.

