SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pakej Bantuan Perusahaan $1.3b bagi sokong peniaga tangani kenaikan kos 

Pakej Bantuan Perusahaan $1.3b bagi sokong peniaga tangani kenaikan kos 

Feb 16, 2024 | 3:51 PM

Pakej Bantuan Perusahaan $1.3b bagi sokong peniaga tangani kenaikan kos 

Pemerintah akan memperkenalkan Pakej Bantuan Perusahaan bernilai $1.3 bilion untuk menyokong firma, terutamanya yang sedang berusaha untuk menyusun semula syarikat dan menjalani transformasi.
Pemerintah akan memperkenalkan Pakej Bantuan Perusahaan bernilai $1.3 bilion untuk menyokong firma, terutamanya yang sedang berusaha untuk menyusun semula syarikat dan menjalani transformasi. - Foto MOF

Pemerintah akan memperkenalkan Pakej Bantuan Perusahaan bernilai $1.3 bilion untuk menyokong firma, terutamanya yang sedang berusaha untuk menyusun semula syarikat mereka dan menjalani transformasi.

Berucap di Parlimen pada 16 Februari semasa membentangkan Belanjawan 2024, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pakej itu bertujuan membantu perniagaan mengharungi kos yang semakin meningkat di tengah-tengah persekitaran operasi yang lebih mencabar.

Pakej tersebut merangkumi Rebat Cukai Pendapatan Korporat sebanyak 50 peratus yang dihadkan kepada $40,000 untuk syarikat, dengan faedah minimum $2,000 dalam pembayaran tunai untuk syarikat yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan pada 2023.

Pemerintah juga akan meningkatkan Skim Pembiayaan Perusahaan dan melanjutkan Kredit Perusahaan SkillsFuture hingga 30 Jun 2025.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg