Topik diikuti
Pergi ke BHkuOrange Ballroom sahkan MOH minta senarai hadirin perkahwinan 21 Mac

Orange Ballroom sahkan MOH minta senarai hadirin perkahwinan 21 Mac
ORANGE Ballrom mengesahkan ia dihubungi Kementerian Kesihatan (MOH) Rabu lalu untuk mendapatkan senarai hadirin sebuah majlis perkahwinan di dewan majlisnya di Tanjong Katong Complex hujung minggu lalu.
Pengesahan ini menyusuli satu mesej yang tular di Whatsapp, memberitahu hadirin agar bersedia kerana proses pengesanan pengenalan sedang dijalankan. Mesej itu mendakwa dua tetamu diuji positif bagi koronavirus Covid-19.
