Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi tertunda awal pagi semalam
Premium
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi tertunda awal pagi semalam
Pelepasan dan pendaratan pesawat terjejas dek amaran kebakaran, Menara Kawalan Changi dikosongkan
Jan 24, 2020 | 5:30 AM
JEJAS KELICINAN OPERASI: Penerbangan kembali normal pada 1.40 pagi selepas menara itu kembali beroperasi, namun difahamkan terdapat beberapa pesawat dipesongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim di Batam dan yang lain ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, - Foto CMG -
RANCANGAN penerbangan beberapa penumpang di Lapangan Terbang Changi terganggu awal pagi semalam selepas satu bunyi amaran kecemasan kebakaran diaktifkan di menara kawalan menyebabkan ia terpaksa dikosongkan.
Menurut kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi telah terganggu pada 12.10 pagi semalam, disebabkan Menara Kawalan Changi dikosongkan.

