Topik diikuti
Pergi ke BHkuNur Insan perkasa pendidikan Islam percuma hasil ibadah korban
Nur Insan perkasa pendidikan Islam percuma hasil ibadah korban
Nur Insan perkasa pendidikan Islam percuma hasil ibadah korban
Ibadah korban bukan sekadar agihan daging, malah menjadi sebahagian usaha menyokong pendidikan Islam masyarakat setempat.
Di sebalik ibadah korban yang dilaksanakan setiap tahun, terdapat pelbagai manfaat lain yang dapat dirasai masyarakat, termasuk dalam bidang pendidikan Islam.
Bagi Nur Insan, program ‘Qurban 3-dalam-1’ yang diperkenalkan bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat melaksanakan ibadah korban, malah turut membantu menyokong pendidikan Islam percuma untuk pelajar kurang berkemampuan.
Melalui konsep tersebut, sebahagian hasil program disalurkan bagi menyokong daya usaha Wakaf Ilmu dan program pendidikan percuma kendalian Nur Insan.
Menurut Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan, ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah masih memerlukan sokongan bagi mendapatkan akses kepada pendidikan Islam secara konsisten.
“Ramai ibu bapa sebenarnya ingin menghantar anak mereka belajar agama, tetapi berdepan cabaran kewangan. Dengan adanya sokongan masyarakat melalui program seperti ini, kami dapat terus menyediakan kelas dan program pendidikan Islam secara percuma atau pada kos yang sangat minimum,” katanya.
Antara program yang dijalankan termasuk kelas madrasah hujung minggu, kelas pengajian Al-Quran serta program pembangunan sahsiah untuk kanak-kanak dan remaja.
Selain pendidikan, program korban tersebut juga merangkumi bantuan agihan makanan kepada keluarga memerlukan di dalam dan luar negara.
Pada 2026, Nur Insan menawarkan pelbagai pakej korban melibatkan beberapa negara seperti Indonesia, Bangladesh, India, Uganda, Tanzania, Kemboja dan Makkah di Arab Saudi.
Menurut Encik Faaris, masyarakat kini semakin tertarik kepada program ibadah yang mempunyai impak lebih luas kepada masyarakat.
“Kami melihat ramai peserta korban hari ini ingin mengetahui bagaimana sumbangan mereka memberi manfaat secara menyeluruh. Bukan hanya dari sudut ibadah, tetapi juga kesan kepada masyarakat dan pendidikan,” jelasnya.
Sejak dimulakan, ribuan ibadah korban telah dilaksanakan melalui program anjuran Nur Insan, dengan dokumentasi serta laporan disediakan kepada peserta.
Program ‘Qurban 3-dalam-1’ Nur Insan kini dibuka kepada orang ramai sempena Hari Raya Aidiladha pada 2026.
Orang ramai boleh menghubungi Nur Insan di talian 6920-7505 atau WhatsApp ke talian 8768-4688.
Anda juga boleh melungsuri laman www.nurinsan.sg untuk maklumat lanjut.
