SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NUH: Kawalan ketat di kawasan terjejas Covid-19

NUH: Kawalan ketat di kawasan terjejas Covid-19

Apr 11, 2020 | 12:21 PM

NUH: Kawalan ketat di kawasan terjejas Covid-19

TINDAKAN SEGERA: Langkah kawalan pencegahan dilaksanakan dengan ketat di kesemua projek ubah elok Hospital Universiti Nasional (NUH) setelah adanya kelompok pekerja yang dijangkiti koronavirus.
TINDAKAN SEGERA: Langkah kawalan pencegahan dilaksanakan dengan ketat di kesemua projek ubah elok Hospital Universiti Nasional (NUH) setelah adanya kelompok pekerja yang dijangkiti koronavirus. - THE STRAITS TIMES

LANGKAH-LANGKAH kawalan pencegahan dilaksanakan dengan ketat di kesemua projek ubah elok Hospital Universiti Nasional (NUH), kata jurucakap NUH dalam kenyataannya hari ini.

Menurut jurucakap itu, mereka sedar adanya kelompok baru Covid-19 di kawasan ubah elok NUH sepertimana yang diumumkan Kementerian Kesihatan semalam.

"Langkah kawalan jangkitan dilaksanakan dengan ketat di semua projek ubah elok dalam lingkungan hospital. Tapak ubah elok telah dihadang dan setiap kakitangan dan pengunjung tidak dibenarkan masuk kecuali bagi kakitangan yang diberi kuasa berbuat demikian.

"Kesemua 14 kes melibatkan pekerja dari salah satu kontraktor kami. Kami sedang memantau keadaan dengan amat rapi dan usaha menjejak kontak sedang dijalankan," kata jurucakap itu lagi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg