SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NTUC FairPrice mohon maaf atas salah label produk ayam halal

NTUC FairPrice mohon maaf atas salah label produk ayam halal

Aug 14, 2021 | 2:51 PM

NTUC FairPrice mohon maaf atas salah label produk ayam halal

7e55ac76-f96e-412e-aadb-bcf34eba7733
- Foto Fail

NTUC FairPrice telah meminta maaf tentang produk ayam halal yang salah dilabel sebagai daging khinzir selepas satu catatan mengenai hal itu timbul dalam satu kumpulan Facebook.

Ia berkata dalam tentang satu catatan di Facebook pada Jumaat (13 Ogos) bahawa ia memandang serius hal ini dan menjelaskan proses tambahan telah dilakukan untuk mengelak perkara ini daripada berulang.

NTUC FairPrice juga mengingatkan masyarakat supaya menghubungi kakitangan pasar raya itu dengan segera jika kesalahan seperti itu berlaku lagi, agar dapat melakukan pembetulan dengan segera.

Dalam pos yang berasingan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia telah maklum tentang insiden salah label itu.

"(Insiden) ini adalah peringatan yang baik bagi pengguna Muslim untuk sentiasa memeriksa label produk sebelum membeli," kata Muis

Muis menasihatkan masyarakat agar segera menghubungi pegawai pasar raya sekiranya terjadi insiden serupa.

"Marilah kita sama-sama menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan tidak menimbulkan sebarang rasa panik ataupun perselisihan faham," tambahnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg