SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NTUC Enterprise akan beli Kopitiam dan anak syarikat menjelang hujung tahun ini

NTUC Enterprise akan beli Kopitiam dan anak syarikat menjelang hujung tahun ini

Sep 21, 2018 | 4:48 PM

NTUC Enterprise akan beli Kopitiam dan anak syarikat menjelang hujung tahun ini

BELI SYARIKAT: NTUC Enterprise akan membeli kesemua Kopitiam Investment dan anak syarikatnya, dengan urus niaganya dijangka selesai menjelang hujung tahun ini.
BELI SYARIKAT: NTUC Enterprise akan membeli kesemua Kopitiam Investment dan anak syarikatnya, dengan urus niaganya dijangka selesai menjelang hujung tahun ini. - Foto ALPHONSUS CHERN

NTUC Enterprise Co-operative Limited (NTUC Enterprise) akan membeli syarikat pengendali pusat makanan, kedai kopi dan pusat penjaja Kopitiam Investment Pte Ltd serta anak syarikatnya (Kopitiam).

Langkah itu merupakan sebahagian misi sosial NTUC Enterprise untuk memastikan bahawa makanan yang sudah dimasak dijual dengan harga berpatutan bagi masyarakat Singapura.

Menurut kenyataan NTUC Enterprise dan Kopitiam hari ini (21 September), urus niaga itu dijangka selesai menjelang hujung tahun ini, bergantung pada kelulusan kawal selia tertentu dan syarat lain yang telah ditetapkan.

Selepas selesai urus niaga antara NTUC Enterprise dan Kopitiam itu, mereka akan terus beroperasi secara berasingan, dengan pasukan pengurusan dan kakitangan masing-masing.

Mereka turut memberi jaminan bahawa pelanggan, kakitangan, penyewa gerai dan pihak berkepentingan boleh menjangkakan keadaan seperti biasa.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg