Topik diikuti
Pergi ke BHkuNTU buka hab pembelajaran bijak kedua The Arc
NTU buka hab pembelajaran bijak kedua The Arc
BIASANYA, pelajar universiti duduk dalam dewan kuliah besar dengan barisan kerusi dan meja semasa mengikuti kelas yang disampaikan pensyarah.
Namun kini, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mempunyai lebih 280 bilik darjah bijak di kampusnya, dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan beberapa skrin LED, tempat duduk berkelompok yang fleksibel dan alat perhubungan tanpa wayar.
