NPC Jurong West ada ‘pegawai’ berkaki empat baru
Sep 21, 2023 | 5:33 PM
AMBIL ANGIN: Kucing bernama ‘Oreo’ berehat di atas kenderaan polis. - Foto FACEBOOK/NPC JURONG WEST
Bersiap sedia! Ada ‘pegawai baru’ berkaki empat dalam kalangan anggota Pusat Polis Kejiranan (NPC) Jurong West.
Pegawai baru ini tidak memakai seragam dan tugasan lain daripada anggota lain.
Sebaliknya, ia bebas berkeliaran dan tidak lapor kepada mana-mana pihak atasan.
Memperkenalkan kucing yang diberi nama ‘Oreo’ kerana tompok hitam dan putih kucing tersebut.
Dalam satu catatan Facebook NPC Jurong West pada Selasa (19/9), Sarjan (SGT) 2 Nurul Aisyah menyatakan segalanya dapat direalisasikan apabila “kucing adalah rakan karib”.
“Kucing adalah rakan paling hebat kerana ia penyayang dan jujur”.
Laporan berkaitan
Lantai penuh najis, 20 ekor kucing terabai lebih seminggu setelah paip kumbahan pecahSep 7, 2023 | 5:14 PM
Anggota bomba lakukan CPR bagi selamatkan kucingApr 30, 2022 | 9:00 AM

